Objektif

Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Objektif Pengetahuan :
  • pastikan tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia
  • menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia
  • menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni
  • memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia
  • menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara
  • mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat
Objektif Kemahiran :
  • menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab
  • mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku
  • berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat
  • menangani konflik diri, keluarga dan rakan
  • belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat
  • menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama
  • membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain
Objektif Nilai :
  • mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri
  • menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga
  • enghormati kaum dan budaya lain
  • menyayangi alam sekitar
  • menunjukkan semangat kekitaan
  • menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka
  • menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara