Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Objektif Pengetahuan :
- pastikan tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia
- menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia
- menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni
- memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia
- menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara
- mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat
Objektif Kemahiran :
- menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab
- mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku
- berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat
- menangani konflik diri, keluarga dan rakan
- belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat
- menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama
- membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain
- mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri
- menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga
- enghormati kaum dan budaya lain
- menyayangi alam sekitar
- menunjukkan semangat kekitaan
- menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka
- menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara